Sabtu, 26 April 2008

Masjid satu institusi Awam

Kalau kita memasuki Institusi Pengajian dan belajar disana sekian lama akhirnya kita akan keluar dan akan diberi segulung Ijazah, Diploma atau Sijil,kemudian bertebaran mencari kerja dan menggunakan ijazah atau diploma sebagai pengesahan kita mempunyai kemahiran yang dikehendaki.



Berbeza dengan masjid, kita masuk kesana tampa sijil dan tempuh pengajiannya tiada tarikh tertentu,mungkin sampai telah kehilangan kudrat atau kita bertemu Allah. sijil tidak diberikan ,graduan masjid ini dapat dinilai apabila menunjukkan ciri-ciri muslim sejati.



Sepatutnya bermula dari masjidlah lahirnya insan-insan yang taqwa, insan yang akan dipandang oleh Allah di akhirat nanti.



Berapa banyak wang ringgit terpaksa dibelanjakan sekiranya memasuki Institusi pengajian tinggi, semua ini sanggup kita belanjakan berapa banyak pula kita habiskan untuk mengikuti pengajian di masjid. Orang yang paling miskinpun boleh menghadirinya.



Hadirkanlah diri anda, supaya ianya akan menjadi saham yang menyebabkan anda terlepas dari kesengsaraaan yang tidak siapa yang dapat menolongnya kecuali amal-amal kebajikan dan doa-doa anak soleh yang ditinggalkan.

Jumaat, 25 April 2008

Imarahkan Masjid.

Bismillahhirrahmanirrahhim.



Shukur aku panjatkan kepada Allah yang masih membenarkan jari-jari ini mengetuk huruf-huruf abjad bagi berhubung dengan makluk manusia lain diatas muka bumi ini, bukankah ini juga satu nikmat yang diberikan? sesungguhnya tiada terhitung kalau dikira nikmat-nikmat lain.



Tujuan utama aku ujudkan blog ini ialah untuk bagi mendapat seberapa banyak maklumat dari umat islam sejauh mana mereka mengimarahkan rumah Allah, khasnya Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh penguasa bagi menguruskan rumah Allah (masjid/surau). Kejayaan atau kegagalan kita terletak kepada kesunguhan kita mengatur program agar masjid sentiasa diimarahkan, selepas itu ialah kerja Allah, bukankah untuk memberi taufik dan hidayat adalah di tanganNya.



Mari sama-sama kita lihat ayat 18 dari Surah at-Taubah bermaksud, "Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Alah, mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan yang mendapat pertunjuk"



Sungguh cantik susunan kata-kata dari Allah untuk peringatan kepada manusia, tetapi berapa ramai dari kita yang faham peringatan Allah itu? setelah kita diberi nikmat yang banyak tetapi tanggung jawab yang satu itu diserahkan kepada orang lain dan kita menjadi pemerhati dari jauh sahaja, kadang-kadang tanya khabar dari masjidpun kita tidak.



Memang banyak kalau kita ingin memperkatakan hal ini, kadang-kadang kita perlu kembali kepada zaman kegemilangan Islam hatta kepada zaman Rasullullah S.A.W bagi melihat bagaimana mereka menguruskan masjid.



InsaAllah saya akan membuka gelangang kepada semua, khasnya kepada Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi membincangkan kemelut yang membelengu kita dan juga menjadi kita lesu dan lemah menyebabkan kita dipandang rendah, apa yang lebih kita takut ialah apabila Allah tidak pandang kita dan melemparkan bala pula kepada kita.

Lawatilah taman-taman indah.

Saya teringat kata-kata Ustaz yang berceramah di masjid baru-baru ini, iaitu satu hadith yang berbunyi lebih kurang seperti berikut; sekiranya kamu mengembara diatas muka bumi ini jangan engkau lupa singah sebentar ditaman-tamanku, taman-taman yang dimaksudkan ialah majlis-majlis ilmu yang diadakan dimasjid atau surau.

Persoalannya berapa ramai dari kita yang selalu berada ditaman-taman ini?

Inilah perkara yang akan saya akan beri tumpuan dalam menghayati kata-kata ini atau dengan kata lain bagaimana kita boleh menarik orang lain ke masjid atau surau.