Jumaat, 25 April 2008

Imarahkan Masjid.

Bismillahhirrahmanirrahhim.



Shukur aku panjatkan kepada Allah yang masih membenarkan jari-jari ini mengetuk huruf-huruf abjad bagi berhubung dengan makluk manusia lain diatas muka bumi ini, bukankah ini juga satu nikmat yang diberikan? sesungguhnya tiada terhitung kalau dikira nikmat-nikmat lain.



Tujuan utama aku ujudkan blog ini ialah untuk bagi mendapat seberapa banyak maklumat dari umat islam sejauh mana mereka mengimarahkan rumah Allah, khasnya Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh penguasa bagi menguruskan rumah Allah (masjid/surau). Kejayaan atau kegagalan kita terletak kepada kesunguhan kita mengatur program agar masjid sentiasa diimarahkan, selepas itu ialah kerja Allah, bukankah untuk memberi taufik dan hidayat adalah di tanganNya.



Mari sama-sama kita lihat ayat 18 dari Surah at-Taubah bermaksud, "Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Alah, mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan yang mendapat pertunjuk"



Sungguh cantik susunan kata-kata dari Allah untuk peringatan kepada manusia, tetapi berapa ramai dari kita yang faham peringatan Allah itu? setelah kita diberi nikmat yang banyak tetapi tanggung jawab yang satu itu diserahkan kepada orang lain dan kita menjadi pemerhati dari jauh sahaja, kadang-kadang tanya khabar dari masjidpun kita tidak.



Memang banyak kalau kita ingin memperkatakan hal ini, kadang-kadang kita perlu kembali kepada zaman kegemilangan Islam hatta kepada zaman Rasullullah S.A.W bagi melihat bagaimana mereka menguruskan masjid.



InsaAllah saya akan membuka gelangang kepada semua, khasnya kepada Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi membincangkan kemelut yang membelengu kita dan juga menjadi kita lesu dan lemah menyebabkan kita dipandang rendah, apa yang lebih kita takut ialah apabila Allah tidak pandang kita dan melemparkan bala pula kepada kita.

Tiada ulasan: