Sabtu, 26 April 2008

Masjid satu institusi Awam

Kalau kita memasuki Institusi Pengajian dan belajar disana sekian lama akhirnya kita akan keluar dan akan diberi segulung Ijazah, Diploma atau Sijil,kemudian bertebaran mencari kerja dan menggunakan ijazah atau diploma sebagai pengesahan kita mempunyai kemahiran yang dikehendaki.



Berbeza dengan masjid, kita masuk kesana tampa sijil dan tempuh pengajiannya tiada tarikh tertentu,mungkin sampai telah kehilangan kudrat atau kita bertemu Allah. sijil tidak diberikan ,graduan masjid ini dapat dinilai apabila menunjukkan ciri-ciri muslim sejati.



Sepatutnya bermula dari masjidlah lahirnya insan-insan yang taqwa, insan yang akan dipandang oleh Allah di akhirat nanti.



Berapa banyak wang ringgit terpaksa dibelanjakan sekiranya memasuki Institusi pengajian tinggi, semua ini sanggup kita belanjakan berapa banyak pula kita habiskan untuk mengikuti pengajian di masjid. Orang yang paling miskinpun boleh menghadirinya.



Hadirkanlah diri anda, supaya ianya akan menjadi saham yang menyebabkan anda terlepas dari kesengsaraaan yang tidak siapa yang dapat menolongnya kecuali amal-amal kebajikan dan doa-doa anak soleh yang ditinggalkan.

Tiada ulasan: